Tuesday, May 26, 2009

嫌だ。。。こうなっちゃったんだ。。

嫌だ!!!!!
(bencilah!!!!!!!!!)

Saturday, May 23, 2009

I fall...惚れた。。

To be frank..urgh..
what am i supposed to do larh...
fesbuk ny psal la ni...
huhuhu...
btw..ptg td aku main futsal..
happening jugak la....
lame x maen ngan mmbr AAJ..
sian tgk Jol..
sape suh x pakai spec..
back 2 d topic....
俺は誰かに惚れたんだ。。
助けてくれ。。誰かに。。。

Tuesday, May 19, 2009

jari ku almost patah...

uwaa..sakit..tu je aku ley ckp..bile mase maen futsal ngan membr skola hari tu, aku trpakse jd keeper(iya da!!)..tp disebabkn aku x pndai main bola nk wat cmne..so, aku melakukan tugas sebagai keeper goal yg agak cemerlang hari tu. Tp tgh syok2 tahan bola, ade satu bola ni laju sgt, aku x sempat tahan..kne jari kiri...phew..nak nangis aku..sakit..arghhh...so x ley taip byk2 hari ni..uuuuuuuuuuuu(T_T)

Sunday, May 10, 2009

(鏡を凝視しちゃダメだ。。その後後悔するからdont stare the mirror..cuz u'll regret it.

Wednesday, May 6, 2009

This is what we call 'like a frog under the coconut shell'..saje wat poyo...panas hati aku..

LELAKI MELAYU BERMASALAH???
Body: lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini. Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai.



Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.



Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.



Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.






Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu. Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.



Diganggu

Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.






Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu. Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.



Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak? Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak.



Seorang ilmuwan pernah berkata; "Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini.

" Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, "Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?" Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, "Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?"

Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka. Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial. Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu.





yeke saye bodoh??ermmm..


Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini. Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir.

Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?

- AKMAL FAIRUZ, Victoria University of Wellington, New Zealand.



Petikan Berita Utusan


mungkin aku x brape update dgn latest news. Tp prkare cmni yg buat aku n mungkin kaum adam brase agak panas. Mungkin kt mate pompuan ni, hanye ade 'sampah' bg kalangan lelaki melayu dan 'emas' bg kalangan mat salleh. Kat mne2 pun dalam dunia ni still ade yg orang yg perangainy agak kureng dan juga sebaliknya. Tp aku x ley trime kenyataan yg lelaki melayu bermasalah. Kenyataan tu terlalu umum sehinggakan pompuan tu bley kate bapak dy sendiri pun bermasalah agaknya. Kalau la pompuan tu ade bf orang melayu..aku sagat kepale dy dgn treler tayar 20..tgk la..nk kate bodoh, blaja kt U..oversea plak tu. Tp otak kt lutut. Barangkali lg rendah dari lutut. Cube la kaji skit populasi kt Malaysia ni. Melayu ade 12 juta kot.. X kn la 12 juta tu sume ny sampah. Indon je da 500,000 orang. Nk sgt, pegi la kawin ngan mat salleh tu..Baka!!!!

Tuesday, May 5, 2009

akirameru ni kagiru ka "is give up is the best option?"

Who knows....God knows....
Being in 2year- student is not as easy as I think. Well, omotta yori mo, hontooooni taihen da...aah..da lupe english..ingat nak wat poyo..okey la..kite campur english bm ngan jepun..Sejak 2 menjak naik tahun 2 ni, banyak perkara berlaku yang hampir hampir buat aku give up. Tapi kan, bile fikir2 balik, layak ke aku nak give up senang2. Dengan harapan yang tinggi cam gunung fuji oleh parent aku, tambahan plak, dalam family, aku sorang je laki, layak ke aku nk give up?Few days ago, aku balik Melaka pi tengok anak sedare yg fes aku buat majlis cukur jambul. Then dalam tempoh aku bercuti tu, aku amik peluang borak ngan abah aku. So, abah aku tnye brape lame lagi kt AAJ. Aku cakap la lagi 1thun. Then klua plak soalan brpe lame kt Jepun, aku pun jawab 4thun. Ayah aku agak trkejut tp sempat lg cover keterkejutan beliau. Aku tw abah aku trkejut sbb 4 thun tu merupakn satu tempoh yg agak panjang. Anythin' could happen dlm mse 4 thun tu. Dan tu sedikit sebanyak meninggkalkn ke'shinpai'ian (kerisauan) dlam hati aku. Aku hnye ley tawakkal supaye xde ape2 yg berlaku yg bley memudaratkan diri aku n family aku sepanjang aku xde kat rumah.Aku tau, tugas anak lelaki yg sorang walaupun bkn sulung memang berat. Terlalu berat utk aku yg waktu sekarang ni utk pikul. Agama memang blajar waktu skolah tp utk ape???lepas Spm..Nauzubillah hi min zalik..Fikir2 balik aku memang still x layak nk pikul tanggungjawab trhadap mak aku, kakak2 aku ayah aku, isteri n anak (lmbt lg kot).Aku yg sekarang hnye tw ngabihkn duit JPA ngan parent (scholar x msuk lg)..Tp, smpai satu mse semua kewajipan tu aku kne laksanakn sbg seorang anak dan seorang islam..LAYAK KE AKU NK GIVE UP????


video