Tuesday, August 24, 2010

Mak & Abah

Kewajipan anak terhadap orang tua ,iaitu berbuat baik,taat dan menghormati.Ini semua fitrah yang harus  dipenuhi dengan sebaik-baiknya.Tanggungjawab yang lebih utama ialah menunaikan hak ibu,sebab dialah yang paling berat menanggung penderitaan semasa mengandung,melahirkan,menyusui dan mengasuh.

Firman Allah SWT:"Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya.ibunya mengandung dia dengan susah-payah dan melahirkannya dengan susah payah pula;dan menyusuinya selama tiga puluh bulan"(Al-Ahqaf:15)

Oleh itu sebagai anak yang mengenang budi serta bertanggungjawab hendaklah
  1.  Memuliakan ibu bapa.
  2.  Berusaha menunaikan kehendak mereka seperti makanan,pakaian dan sebagainya.
  3. Tidak menyakiti hati mereka .
  4. Berlemah lembutlah suara ketika berbicara dengan mereka.
  5. Apabila ia memanggil kita,hendaklah kita menyahut dan kita datang.
  6. Apabila ia menyuruh sesuatu hendaklah kita taat  suruhannya asalkan ia tidak membaawa derhaka kepada Allah SWT.
  7. Sentiasa menggembirakan mereka .
  8. Mendoakan kesejahteraan mereka
Anak juga sewajarnya tahu bagaimana beradab dengan ibu bapa sebagai tanda hormat dan taat pada mereka antaranya:
  1. Taat dalam semua perkara kecuali yang melibatkan maksiat serta derhaka pada Allah SWT.
  2. Bertutur dengan kata-kata yang sopan,lemah lembut  dan penuh adab.
  3. Berdiri apabila kedua ibu bapa masuk atau pergi menyambut saat kedatangan mereka.
  4. Mencium tangan kedua mereka  pada waktu pagi dan petang  atau waktu-waktu yang munasabah.
  5. Sentiasa menjaga maruah mereka serta menjaga harta mereka sebaiknya.
  6. Memuliakan mereka serta berusahalah penuhi hajat mereka.
  7. Berbincang dengan mereka dalam apa jua  perkara sekalipun.
  8. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka walaupun ketiadaan mereka.
  9. Sekiranya mereka didatangi tetamu,anak-anak hendaklah  sentiasa memerhati keduanya  kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu  dengan diam-diam(tanpa diketahui tetamu).
  10. Melakukan kerja yang menyenangkan hati mereka walaupun  mereka tidak menyuruhnya.
  11. Tidak meninggikan suara samaada di hadapan  atau di belakang mereka.
  12. Tidak memotong perbualan mereka.
  13. Tidak keluar  dari rumah tanpa izin  mereka.
  14. Tidak melakukan sesuatu yang memeranjatkan mereka ketika mereka sedang tidur,
  15. Tidak melebihkan isteri dan anak-anak  daripada keduanya.
  16. Tidak menghina mereka jika mereka mereka melakukan kerja yang tidak menyenangkan.
  17. Tidak ketawa berlebihan(berdekah-dekah)dihadapan mereka.
  18. Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk mereka sebelum mereka yang memulakan.
  19. Tidak memanjangkan tangan  untuk mencapai makanan dihadapan mereka.
  20. Tidak masuk sebelum mereka masuk dan tidak berjalan mendahului mereka.
  21. Menjawab panggilan mereka segera yang boleh.
  22. Memuliakan sahabat-sahabat mereka ,baik ketika mereka masih hidup  atau setelah ketidaan mereka.
  23. Tidak bersahabat atau berkawan dengan orang-orang yang derhaka kepada ibubapa mereka.
Sesungguhnya pengorbanan ibu dan bapa sangatlah besar dan Allah mewajibkan kita mematuhi serta berakhlak mulia terhadap mereka.Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa akan dibalas Allah tunai di dunia lagi.Contohnya ,jika kita mentaati mereka,anak-anak kita akan taat kita.Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka ,anak-anak kita pula akan menderhaka kepada kita.Semoga kita dapat meningkatkan kualiti sebagai anak yang soleh atau solehah.Insya Allah

.

0 Commento: